Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Ribuan pelajar bantah Indonesia haramkan hubungan seks luar nikah

JAKARTA – Ribuan pelajar membuat bantahan di seluruh Indonesia bagi menentang kod jenayah baru yang mengharamkan seks luar nikah dan seks gay, hari ini.

Bantahan tercetus ketika ahli Parlimen bertemu dengan Presiden Joko Widodo bagi membincangkan mengenai rang undang-undang itu.

Pada Jumaat lalu, Widodo menundakan pengundian terhadap rang undang-undang kontroversi terbabit yang sepatutnya diadakan esok.

Beliau ketika bertemu dengan wartawan berkata, sebanyak 14 artikel memerlukan semakan lanjut sebelum dibahas pada penggal baru Parlimen bulan depan.

Di Jakarta, pelajar memanjat pagar Parlimen untuk menggantung kain rentang dan bantahan turut tercetus di beberapa bandar antaranya Yogyakarta dan Makassar.

Pengkritik berkata rang undang-undang itu melanggar kebebasan bersuara dan mendiskriminasi kumpulan minoriti agama, wanita serta golongan LGBT.

Beberapa kumpulan Islam termasuk Nahdlatul Ulama yang dalam kenyataannya berkata perubahan itu menunjukkan karakter dan personaliti rakyat Indonesia.

1 Comment

  1. Eddy

    macam media barat juga ko ni..
    banyak je dalam tu pindaan rang undang2 yang dibantah.

    Clickbait sungguh

Leave a Reply

Theme by Anders Norén