Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Restoran kari kepala ikan terkenal di Bangsar diarah tutup kerana kotor

BANGSAR – Sebuah premis makanan yang menyediakan menu popular kari kepala ikan di Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden diarah tutup.

Kedai Anuar Kari Kepala Ikan meneriman notis perintah penutupan premis itu selepas dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak disucikan keadaan premis sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Menurut kenyataan, premis itu telah diberi tempoh selama 14 hari bermula semalam (10 Februari 2020) sehingga 24 Februari ini.

Dalam tempoh itu, pihak pengurusan restoran itu diarah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén