Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Saya korbankan kasih sayang untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga’ – Mawar

KUALA LUMPUR – Usahawan tudung Fareeda, Mawar reda perkahwinan yang dibina bersama pelakon Fizo Omar berakhir dengan perceraian.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abd. Karim, 30, dia telah berusaha selama enam tahun untuk menyayangi Fizo dan keluarga demi membaiki rumah tangga mereka.

Mawar berkata, sebagai wanita dia amat menyayangi rumah tangga yang dibina dan kedua-dua pihak berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.

“Selama enam tahun tempoh perkahwinan kami, saya telah cuba dan Fizo telah cuba untuk selamatkan perkahwinan ini.

“Mungkin sampai sini sahaja usaha saya untuk mencari keserasian antara Fizo dan keluarga. Saya korbankan kasih sayang saya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga,” katanya.

Mengulas mengenai kesudian memberikan peluang kedua terhadap Fizo, Mawar menyatakan jauh di sudut hatinya dia masih menyayangi pelakon itu.

Namun katanya, masih terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Saya enggan komen lanjut. Fizo seorang abang dan anak yang baik kepada keluarga,” ulasnya ringkas.

Dalam pada itu, Fizo tidak merancang untuk merebut hak penjagaan anak dan berjanji tidak akan memisahkan kasih sayang antara seorang anak dan ibu.

“Hak penjagaan anak saya serahkan kepada Mawar. Saya tidak akan pisahkan mereka,” tuturnya.

Tambah Fizo mereka bersedia untuk menjadi pasangan ibu bapa yang terbaik untuk anak mereka Wan Maryam berusia dua tahun.

Fizo dan Mawar disatukan pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Wan Maryam. – K! ONLINE

1 Comment

  1. Naylea Eleanor

    X faham aku😟
    Korban kerana kluarga macamana tu?sampai kena bercerai berai?..ke fizo orang bunian??…
    Makin x faham…

Leave a Reply

Theme by Anders Norén