Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Reman lelaki langgar Syed Danial disambung lima hari lagi

BANGI – Tempoh reman terhadap lelaki yang ditahan berhubung kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam kemalangan berhampiran persimpangan Southville City di Lebuh Raya Utara-Selatan pada 10 Ogos lalu disambung lima hari lagi.

Perintah lanjutan reman sehingga 22 Ogos terhadap lelaki berusia 40 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Bandar Baru Bangi, Nurul Farhana Abdul Hamid.

Bagaimanapun, isterinya yang berusia 36 tahun dibebaskan dengan jaminan polis susulan tempoh reman terhadapnya tamat hari ini.

Terdahulu, suspek lelaki terbabit dilihat tiba di mahkamah pada pukul 10 pagi manakala isterinya yang memakai baju berwarna merah tiba pada pukul 10.38 pagi dengan menaiki kenderaan berasingan.

Pada 11 Ogos lalu media melaporkan, pasangan suami isteri yang terlibat dengan perselisihan di jalan raya hingga mengakibatkan seorang lelaki maut ditahan reman selama tujuh hari.

Syed Muhammad Danial, 29, dilaporkan meninggal dunia setelah terlibat dalam perselisihan faham dengan seorang pemandu lain dalam kemalangan berhampiran persimpa­ngan Southville City di Le­buh Raya Utara-Selatan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén