Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Remaja tertidur keletihan tunggu pelanggan beli kacang rebus

Viral di media sosial, gambar seorang remaja yang tertidur akibat keletihan ketika sedang mencari rezeki sehingga meruntun hati netizen.

Gambar tersebut dimuatnaik di Facebook oleh seorang wanita bernama Sha yang terserempak dengan remaja itu sebuah stesen minyak di Jalan Tampoi, Johor Bahru, semalam.

Menurut Sha, remaja itu mencari duit dengan menjaja kacang rebus di sekitar stesen minyak tersebut dan berhenti rehat seketika sementara menanti hujan reda sebelum terlelap.

“Adik ni jual kacang rebus, masih penuh lagi bakulnya…dekat pintu masuk Petronas dia tidur tu…..mungkin letih lagipun area sini hujan lebat tadi, sekarang gerimis….kesian dia mungkin dia letih,” ujar Sha.

Sha berkata, dia kasihan melihat keadaan remaja tersebut dan membeli beberapa bungkus kacang rebus daripadanya selain memberikan sejumlah wang sebagai sedekah.

“Jom support beli jualan dia. Saya dah beli. Korang yang stop isi minyak tu belilah ya, anggap kita bersedekah….ingat dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga,” katanya.

Sementara itu, posting Sha telah dikongsi hampir 7,000 netizen yang rata-rata memuji tindakannya selain mendoakan urusan remaja itu dipermudahkan Allah.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén