Portal berita terbaik anda

Utama

Remaja putus kepala zakar dapat pampasan RM150,000

KUALA LUMPUR – Penderitaan seorang remaja lelaki berumur 19 tahun yang hilang kepala zakar akibat kecuaian semasa proses berkhatan sembilan tahun lalu akhirnya terbela selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan pampasan sebanyak RM150,000.

Ia selepas seorang pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis bersetuju membayar jumlah tersebut sebagai pampasan apabila bersetuju menyelesaikan kes saman itu secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Dalam satu prosiding yang berlangsung hari ini, hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad merekodkan penghakiman persetujuan antara remaja berkenaan selaku plaintif dengan pembantu perubatan tersebut selaku defendan pertama yang diwakili peguam masing-masing.

Ketika ditemui pemberita sejurus selesai prosiding, Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar yang mewakili remaja berkenaan berkata, jumlah pampasan itu dicadangkan oleh mahkamah ketika kedua-dua pihak berunding untuk menyelesaikan kes.

“Kami telah bersetuju dengan jumlah pampasan berkenaan, namun pihak defendan memohon supaya jumlah pampasan itu dibayar secara ansuran iaitu RM2,500 setiap bulan dalam tempoh lima tahun.

Kami bagaimanapun menolak cadangan tersebut,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Ogos untuk keputusan bagi mengetahui terma pembayaran berkenaan.

Pada 30 November tahun lalu, remaja itu selaku plaintif memfailkan saman itu melalui ibunya dengan menamakan pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang (defendan pertama), pegawai perubatan dan pengarah hospital itu (defendan kedua dan ketiga), doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang (defendan keempat dan kelima) serta Kerajaan Malaysia (defendan keenam).

Pada 20 Februari lalu mahkamah sama membenarkan permohonan kerajaan dan empat yang lain untuk membatalkan saman remaja 19 tahun berhubung dakwaan berlaku kecuaian semasa proses berkhatan sehingga menyebabkan kepala alat sulitnya terpotong dan mengalami kecacatan kekal.

Lima pihak yang dinamakan sebagai defendan ialah pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang, pengarah hospital itu, doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor serta kerajaan Malaysia.

Mahkamah membenarkan permohonan berkenaan dengan alasan tiada isu untuk dibicarakan selain proses berkhatan itu dilakukan di luar hospital dan kerajaan tidak bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Terdahulu, berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif yang memfailkan saman melalui ibunya pada 19 Julai tahun lalu, mendakwa pada 13 Disember 2010, pada pukul 10 pagi, pembantu perubatan (defendan pertama) bersama dengan seorang pembantu menjalankan prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahuan defendan kedua (doktor perubatan) terhadap plaintif.

Ketika kejadian, plaintif berusia 10 tahun dan ia dilakukan di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.

Loading...

Leave a Reply