Portal berita terbaik anda

Viral

Remaja pakai baju ‘f**k cikgu’ dikecam netizen

Jika sebelum ini, sekumpulan pelajar ‘kelas belakang’ melakukan sujud syukur bagi meraikan tamatnya peperiksaan SPM, lain pula dua remaja ini yang memilih untuk memakai uniform sekolah bertulis kata-kata kesat terhadap guru.

Semalam, pakar motivasi Wan Mahussin Wan Zain telah memaut naik sekeping gambar yang menunjukkan tiga remaja dipercayai pelajar Tingkatan 5 sedang menaiki motosikal selepas menjawab soalan peperiksaan SPM.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah tulisan pada bahagian belakang baju dua remaja itu yang bertulis ‘Fuck Cikgu’

Wan Mahussin yang terkejut melihat gambar tersebut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan remaja-remaja terbabit yang disifatkan sebagai kurang ujar.

Dalam hantaran Facebooknya, beliau menasihati remaja terbabit akan kembali ke pangkal jalan dan meminta maaf dengan guru masing-masing.

“Adik adik adalah pewaris Bangsaku.. “Fuck Cikgu” bagai gelap masa depanmu. Bersegeralah kembali dalam jalan hidup sebenar dik.

“Rugi hidup jika tiada berkat dari pendidik mu. Abang pernah berada di tempatmu tetapi bukan ini caraku,” tulisnya.

Sementara itu, netizen mengecam tindakan remaja terbabit malah ada yang mengaitkan pelakuan mereka lebih teruk daripada pelajar bermasalah di Henry Gurney.

Ada juga netizen yang mengaitkan kejadian ini dengan sistem pendidikan negara yang menghalang guru terlalu tegas dengan para pelajar.

Loading...

1 Comment

  1. Biadap punya pelajar dok kata kat cikgu yg memberi ilmu kpd mrk…Tak berkat ilmu yg diaorg dpt dari seorg guru…Klau bangang tu bangang jugak…

Leave a Reply