Portal berita terbaik anda

Utama

Remaja Kanada pengsan di KLCC, disyaki positif koronavirus

REMAJA perempuan Kanada berusia 17 tahun yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan di KLCC, disyaki positif koronavirus baharu (2019-nCoV).

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau dimaklumkan perkara itu hari ini dan masih menunggu laporan lengkap HKL.

“Saya pun baru dapat maklumat mengenainya… pihak berkuasa, pasukan Hazmat (Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya) datang dengan pakaian yang lengkap dan berjaga-jaga.

“Pesakit sudah dibawa ke HKL. Kami akan dimaklumkan perkembangan mengenai kes itu nanti.

“Apa pun kami akan terus berkomunikasi dengan pihak di sana,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dr Dzulkefly mengulas mengenai foto tular di media sosial yang memperlihatkan pasukan Hazmat dan anggota polis berlegar di Tower 3, Menara Petronas, KLCC.

Terdahulu, remaja Kanada itu didakwa pengsan di menara berkenaan sebelum dihantar ke HKL.

Loading...

Leave a Reply