Portal berita terbaik anda

Utama

Remaja jadi buta akibat amalkan diet makan kentang goreng

SEORANG remaja lelaki berusia 17 tahun kehilangan penglihatannya selepas mengamalkan diet dengan hanya memakan kentang goreng dan kerepek.

Lapor portal BBC News, beberapa doktor mata di Bristol memeriksa dan merawat remaja berkenaan selepas penglihatannya semakin merosot sehingga mengalami titik buta.

Jelas laporan itu, remaja tersebut didapati hanya makan kentang goreng, kerepek Pringles dan roti putih serta ham atau sosej sekali sekala, sejak menamatkan pembelajaran sekolah rendah.

Beberapa ujian mendedahkan remaja tersebut mengalami kekurangan vitamin yang teruk dan malnutrisi.

Dalam pada itu, dilaporkan remaja itu mula mendapatkan rawatan doktor pada usia 14 tahun kerana berasa letih dan tidak sihat.

Jelas laporan itu, pada waktu tersebut, remaja berkenaan mengalami kekurangan vitamin B12 dan telah diberikan suplemen.

Bagaimanapun, remaja lelaki itu gagal mengekalkan pengambilan suplemen atau memperbaiki diet pemakanannya.

Tiga tahun kemudian, remaja tersebut dibawa ke Hospital Mata Bristol kerana kehilangan penglihatan secara progresif, lapor jurnal Annals of Internal Medicine.

“Remaja itu hanya bergantung kepada sebahagian kecil kentang goreng untuk dimakan setiap hari.

“Dia juga sering makan kerepek Pringles dan kadang-kala sekeping roti putih dan ham, tidak mengambil sayuran dan buah-buahan.

“Remaja itu menjelaskan ada beberapa makanan yang tidak boleh diambilnya, jadi kentang goreng dan kerepek satu-satunya jenis makanan yang dia rasakan boleh makan,” kata Dr. Denize Atan yang merawat remaja itu di hospital.

Dr. Atan bersama rakan kerjanya, memeriksa semula tahap vitamin remaja itu dan mendapati dia mengalami kekurangan vitamin B12 serta beberapa vitamin dan mineral yang penting. – AGENSI.

Loading...

Leave a Reply