Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Jenayah

Remaja diugut selepas kongsi gambar bogel

KUALA TERENGGANU – Tindakan berani pelajar lelaki berkongsi gambar bogel kepada wanita yang dikenalinya di Instagram memakan diri apabila menjadi mangsa peras ugut di daerah ini.

Tidak cukup diugut akan menyebarkan gambar lucahnya, mangsa berusia 17 tahun turut diugut akan dibunuh selepas gagal memberikan wang kepada suspek.

Menurut sumber, kejadian dipercayai bermula selepas mangsa berkenalan dengan wanita di Instagram pada Julai lalu dan hubungan yang semakin rapat menyebabkan mangsa bertindak berani berkongsi gambar-gambar lucahnya.

Katanya, selepas hampir satu bulan berkenalan, wanita terbabit mengajak mangsa berjumpa dengannya di kedai makan di Gong Badak, Kuala Nerus, 31 Julai lalu.

“Sebaik tiba di lokasi itu kira-kira 1.30 pagi, suspek dikepung enam lelaki tidak dikenali sebelum seorang daripadanya mengugut akan menyebarkan gambar-gambar lucah yang dihantar sebelum ini.

“Ketika itu, seorang daripada mereka meminta mangsa membayar RM200 sekiranya tidak mahu gambar lucahnya disebarkan menyebabkan mangsa terpaksa akur dengan menyerahkan RM200 pada hari yang sama.

“Pada Sabtu lalu, mangsa sekali lagi dihubungi suspek meminta wang sebelum remaja itu menyerahkan lagi RM80 dan suspek sekali lagi menghubungi mangsa pada keesokan harinya (Ahad) meminta wang sebanyak RM500,” katanya.

Sumber berkata, mangsa memaklumkan tidak mempunyai wang dan kegagalannya menunaikan permintaan suspek menyebabkan dia berterusan diugut termasuk menerima ugutan bunuh.

Katanya, mangsa yang ketakutan menyerahkan RM100 lagi pada keesokan harinya (Isnin) sebelum dia nekad membuat laporan polis selepas tidak sanggup menjadi mangsa pemerasan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, pihaknya menahan lelaki berusia 18 tahun pada 1.40 pagi, Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén