Portal berita terbaik anda

Utama

Rekaan alat pemicit ‘hand sanitizer’ tanpa guna tangan raih pujian

Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini termasuklah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan yang kini memasuki fasa ketiga.

Sebagai rakyat, kita juga perlu memainkan peranan dengan mematuhi nasihat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan KKM.

Penjagaan kebersihan seperti membasuh tangan menggunakan sabun atau pencuci tangan setiap kali melakukan sebarang aktiviti sangat digalakkan.

Pun begitu, penggunaan pencuci tangan atau hand sanitizer di tempat awam perlu diteliti kerana orang ramai menyentuh permukaan bahagian pemicit yang sama boleh meningkatkan risiko jangkitan virus.

Melihat perkara itu, seorang individu telah mencipta sebuah alat yang membolehkan orang ramai memicit hand sanitizer menggunakan kaki sekaligus mengelakkan mereka menggunakan tangan masing-masing.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Dr Ib Shah di laman Twitter, alat tersebut hanya menggunakan paip PVC dan sangat mesra pengguna.

Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai pereka alat tersebut, netizen dilihat kagum dengan inovasi ini yang sangat berfungsi untuk kegunaan ramai.

Loading...

Leave a Reply