Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Rebah ketika sujud, wanita meninggal dunia ketika solat sunat

Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah rahsia Allah. Apabila tibanya waktu kematian seseorang, tidak akan lambat atau cepat walau sesaat pun.

Sebagai umat Islam, kita mahukan pengakhiran hidup dalam husnul khatimah, tetapi semua itu bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia.

Baru-baru ini, pendakwah bebas PU Syed telah berkongsi satu video di saluran Youtube miliknya yang memaparkan seorang jemaah wanita meninggal dunia ketika mengerjakan solat dalam keadaan sujud.

Menerusi kapsyen video, PU Syed mendoakan wanita itu mendapat husnul khatimah selain menyifatkan pemergiannya sebagai kematian yang dicemburui.

“Kematian yang dicemburui. Sedang solat qabliah Isyak dalam keadaan berwuduk, dalam masjid, dalam keadaan menutup aurat dan dalam bermasyarakat.

“Hebat. Semoga kematiannya menjadi penjaran kepada kita. Cukuplah mati itu sebagai peringatan daripada Allah,” tulis PU Syed.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén