Real Madrid bawa pulang Piala Liga Juara-Juara

0
217

KIEV – Real Madrid mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 3-1 pada aksi final di Stadium NSC Olimpiyskiy, awal pagi tadi.

Babak pertama permainan berkesudahan 0-0 dengan Liverpool kehilangan peledak utamanya Mohamed Salah yang cedera di bahu. Dia terpaksa digantikan dengan Adam Lallana pada minit ke-30.

Real turut kehilangan pemain, Dani Carvajal yang dipercayai cedera buku lali dan tempatnya diisi Nacho.

Bersambung babak kedua, Real mendahului permainan pada minit ke-51 hasil kesilapan penjaga gol Liverpool Loris Karius yang membaling bola ketika Karim Benzema berada berhampirannya dan mudah menampan bola ke dalam gawang.

Liverpool bagaimanapun tidak menunggu lama dan kembali menyamakan kedudukan menerusi Sadio Mane tiga minit kemudian.

Kemasukan Gareth Bale ternyata membawa tuah buat Real apabila pemain Wales itu menjaringkan gol kedua juara bertahan itu pada minit ke-63 dan sekali lagi pada minit ke-83.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here