Portal berita terbaik anda

Utama

‘Siapa yang tembak? Saya nak cari siapa yang tembak papa…’ – Anak sulung Mejar Zahir

KEHILANGAN bapa dalam keadaan yang tiba-tiba sangat memeritkan lebih-lebih lagi apabila mereka pergi ketika menjalankan tugas untuk negara tercinta.

Pemergiaan Mejar Zahir Armaya, 36, yang meninggalkan seorang balu dan lima orang anak yang masih kecil benar-benar memberi kesan mendalam kepada seluruh ahli keluarga.

Malah, penularan video detik Allahyarham rebah akibat terkena tembakan ketika mengadakan demonstrasi itu telah memberi impak negatif kepada anak-anaknya.

Hal tersebut telah dikongsikan oleh salah seorang kenalan rapat Allahyarham yang melihat sendiri reaksi anak sulung Mejar Zahir yang mempersoalkan kematian bapanya tanpa memahami keadaan sebenar.

Menurut kenalan Allahyarham yang dikenali sebagai Murni Clakson, dia percaya bahawa ada individu yang tidak bertanggungjawab telah sengaja menunjukkan video tersebut kepada anak Allahyarham.

Berikutan itu, rata-rata zetian meluahkan rasa kesal dengan penularan video tersebut yang nyata memberikan kesan negatif terhadap mental anak-anak Mejar Zahir.

Mereka juga berharap agar pihak-pihak tertentu supaya menghormati keluarga arwah yang nyata sedang berduka diatas pemergian wira negara itu.

Loading...

Leave a Reply