Rashidi Ishak, Vanidah Imran mengaku bercerai Ogos tahun lalu

Status rumah tangga pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran, terjawab apabila aktor berkenaan tampil mendedahkan mereka sudah pun bercerai pada 9 Ogos 2018.

Menerusi posting terkini di Instagram, Rashidi memaklumkan mereka terpaksa merahsiakan perkara berkenaan, selain mahu menjaga privasi.

“Saya minta maaf kerana merahsiakan berita dan maklumat ini. Saya dan Vanidah secara rasmi mengakhiri rumah tangga selama 17 tahun di hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

“Dari lubuk hati paling dalam, saya ingin berterima kasih kepada anda semua yang selalu menyokong kami terutamanya sokongan anda kepada Vanidah,” antara tulisnya seperti yang dipetik.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua anak iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *