Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Kisah Rashid Hussain, pengasas bank RHB yang wakafkan masjid bernilai jutaan ringgit demi akhirat

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber iaitu sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.

Setiap harta di dunia yang dibelanjakan pada jalan Allah akan menjadi bekalan kepada kita di akhirat kelak.

Bagi pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd. Rashid Hussain, beliau telah mewakafkan sebahagian besar hartanya untuk kepentingan Islam dan umatnya demi mencari redha Allah.

Ini termasuklah pembinaan Masjid Sri Sendayan, Seremban yang mula dibuka bermula semalam, yang merupakan antara beberapa masjid yang diwakafkan oleh jutawan Muslim itu.

Masjid yang boleh menampung kira-kira 5,000 jemaah itu dibina di atas tanah seluas 4.5 hektar telah dibeli dan diwakafkan oleh Abd. Rashid untuk kegunaan umat Islam.

Masjid yang merangkumi Kompleks Pusat Islam itu mempunyai dewan solat utama, dewan solat kedua, dua buah bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah dan bangunan pentadbiran.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook, Farhan Che Hassan turut berkongsi kisah betapa dermawannya individu bernama Tan Sri Abd. Rashid ini.

“Dan ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat nak dikebumikan di masjid ini. SubhanAllah, hebat Allah yang menggerakkan hati hamba-hamba Nya.

Moga Allah menerima niat baik beliau, mengalirkan semua pahala orang datang beribadat pada beliau dan ramai orang dapat manfaat dari Rumah-Rumah Allah di dunia ini,” ujar Farhan.

2 Comments

  1. shahrom abu bakar

    jika semua orang muslim begini tiada org islam yg menderita

  2. Apai

    Itu sebab kena menyokong kempen BMF supaya ramai orang Melayu kaya tapi Melayu tetap nak membantu cina. Hinggakan kedai makan cina pun habis disodoknya macam kebulur sangat. Melayu kalau kaya mesti bersedekah. Bantulah bisnes bangsa semdiri kecualailah dah habis pilihan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén