Portal berita terbaik anda

Utama

Ramai pegawai tegar Umno-BN punca jentera penerangan kerajaan lambat

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berpendapat masalah penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) berlaku kerana wujudnya ramai pegawai berkaitan yang tegar menyokong Umno-BN.

Menurutnya, masalah tersebut bagaimanapun akan dapat ditangani dari semasa ke semasa sejurus melangkah ke tahun kedua pentadbiran PH.

“Kita kena faham jentera penerangan ini memang dipenuhi pegawai-pegawai yang tegar Umno-BN.

“Jadi bila kita ambil alih (kerajaan), bukan seperti ambil alih kereta atau lori, ikut saja apa kita cakap, jentera yang ada ini adalah manusia.

“Mereka sudah ada pemikiran bila sudah 60 tahun diisi dengan pemikiran Umno-BN, rasuah ‘ok’ dan sebagainya.

“Hal-hal inilah kita tangani sekarang ini. Saya faham tahun pertama, memang sukar untuk menguasai. Masuk tahun kedua ini, ia semakin pulih dan semakin pulih,” jelasnya.

Beliau berkata demikian baru-baru ini dalam slot Bicara YB Khalid Abdul Samad (Siri 34) semalam di Jom Channel bertajuk, “Islam Terbela di Bawah PH” dengan perantara Ashraf Wahab.

Sehubungan itu, Khalid menyeru agar semua pihak mengambil sikap bertenang dengan berusaha untuk menjadikan negara berbilang kaum dan agama ini boleh hidup aman bukannya tiada toleransi dan bermusuhan.

“Sama ada provokasi itu datang dari orang Islam atau bukan Islam kita kena cool. Yang penting kita kena cool.

“Jangan kita bertindak mengikut maklumat yang terpesong dan menyeleweng. Ini adalah ujian kematangan rakyat Malaysia itu sendiri.

“Kalau ada orang yang membawa isu perkauman, kita tenangkan. Jangan kita simbah minyak lagi,” tegasnya.

Menteri Wilayah itu mengingatkan rakyat perlu fokus untuk mencapai perpaduan dalam keadaan aman dan suasana persahabatan.

“Kita kena tahu dan kita kena setuju apa yang kita mahu capai. Islam ajar bukannya tukang adu domba atau tambah minyak dan cili lagi.

“Itu bukan satu perkara yang wajar untuk kita lakukan. Kalau kita bertanggungjawab, kita ‘cool’ kan mereka,” tambahnya lagi merujuk kepada isu pendakwah Dr Zakir Naik.

Loading...

Leave a Reply