Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Rakyat suka kempen BMF bantu turunkan harga barang

BANGI – Majoriti masyarakat sebulat suara bersetuju dengan Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim’s First (BMF) yang disifatkan mereka sebagai langkah terbaik menurunkan harga barang, yang selama ini seolah-olah tiada formula apabila berlaku kenaikan harga.

Netizen rata-ratanya bersyukur kerana kempen ini telah membantu peniaga dan usahawan Islam dari bawahan hingga atasan, malah ia turut memberi manfaat kepada orang ramai termasuk bukan Islam.

Pengguna Facebook, Malek Towing berkata, selama ini pakar ekonomi tidak jumpa formula untuk turunkan harga barang di Malaysia, dan sekarang formulanya adalah kempen BMF.

“Tapi mereka kata kita boikot barangan mereka. Kita tak pernah boikot, tapi kita cuma utamakan barangan buatan muslim. Terima kasih kepada mereka kerana wujudnya gerakan ini dan Insya-Allah ini adalah pejuangan kita. Jihad ekonomi, bersama membangunkan ekonomi ummah,” kata beliau.

PakCik Dah Tua pula berkata, ketika harga naik dulu tiada siapa yang mahu tolong rakyat-rakyat macam kita ini.

“Nak tak nak, kena juga hadap kenaikan harga barang. Dulu GST pak-pak menteri senyap jugak. Sekarang SST, pak-pak menteri senyap jugak. Harga barang naik semua menteri cakap tak boleh nak buat apa.

“Semenjak kempen BMF, harga boleh turun pulak. Nampak tak di sini kuasa pengguna muslim macam kita. Itu pun ada menteri bangkang lagi. Tak apalah. Hampa ada duit. Macam kami ini rakyat biasa. Tak ada duit banyak sangat.

“Tapi kami selalu ingat #MencariMakananYANGHalalanToyibah itu wajib bagi kami sebagai seorang yang beragama Islam. Siapa lagi yang nak memantapkan ekonomi orang-orang Islam jika bukan bangsa kita sendiri. Teruskan sokong produk-produk muslim,” katanya.

Iskandar Aminuddin‎ pula hairan apabila harga barang terutama minyak masak turun mendadak, sedangkan pihak pengeluar katanya perlu menaikkan harga barang disebabkan peningkatan kos pengeluaran.

“Apakah punca penurunan harga barang selepas kempen BMF ini?” soal beliau.

Abe Shah AR berkata, kempen BMF sekurang-kurangnya mampu ‘menundukkan’ ego harga barang yang degil tidak mahu turun seperti kata seorang menteri Kabinet.

“Siapa yang untung? Ya, kita sebagai pengguna. Siapa kita? Melayu? Ya. tapi bukan Melayu sahaja yang untung, malah India, Cina, Iban, Bidayuh, Kenyah, Kedayan, Melanau, Dusun, Murut, Bajau, Asli, Kiput, Penan, Belawan, Lun Bawang dan semua etnik-etnik yang ada di Malaysia. Well done!” kata beliau.

Sementara pengguna Facebook, Kiem Rosly‎ pula mengajak umat Islam supaya istiqamah meneruskan kempen BMF yang memberi impak ketara kepada mereka terbabit meskipun dipandang remeh oleh sesetengah pihak.

Kempen Beli Produk Muslim dilancarkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama NGO lain bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal di seluruh negara.

UMMAH telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama KOHILAL dan Abata, dalam usaha melaksanakan kempen berkenaan.

Kempen Beli Produk Muslim juga memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén