Portal berita terbaik anda

Utama

Rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada bantuan berbanding kerja keras – Tun M

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi peringatan bahawa Malaysia akan dipintas oleh negara jiran yang lebih miskin disebabkan rakyat kita suka mengharapkan bantuan berbanding bekerja keras.

Beliau berkata, kebanyakan rakyat negara ini menjadi terlalu bergantung kepada bantuan kewangan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN).

“Kita membawa masuk pekerja asing untuk melakukan kerja-kerja yang tidak ingin dilakukan oleh rakyat Malaysia.

“Kerajaan mengutip cukai dan levi daripada pekerja asing ini hanya untuk memberi kepada rakyat Malaysia yang menyangka mereka mempunyai kekurangan seperti bantuan kewangan,” beliau dipetik berkata demikian kepada The Malaysian Insight pada Ahad.

Dr Mahathir menjangkakan negara Asia Tenggara seperti Vietnam yang pernah dimusnahkan oleh peperangan itu akan memintas Malaysia dalam pencapaian ekonomi tidak lama lagi kerana negara itu mempunyai rakyat yang rajin bekerja.

“Vietnam akan memintas Malaysia kerana rakyatnya sangat rajin.

“Di Malaysia, rakyat tidak mahu bekerja kerana kerajaan beri mereka duit,” lapor portal berita tersebut.

Perdana Menteri berkata begitu ketika menyampaikan ucapan pada acara perasmian Dash Resort di Langkawi pada Ahad. – The Star

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/11/25/tun-mahathir/#PFf2uYzLIhYUEKwx.99

Loading...

Leave a Reply