Rakyat Malaysia perlu berhenti harapkan subsidi kerajaan – Tun M

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berharap rakyat mampu berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.

Katanya, walaupun kerajaan akan melakukan sesuatu untuk rakyat namun dalam masa yang sama rakyat juga diingatkan tidak terlalu mengharapkan subsidi kerajaan.

“Ya, kita akan melakukan apa yang harus dilakukan untuk rakyat tetapi mereka juga harus belajar untuk menjadi kurang bergantung kepada kita.

“Jika mereka tidak mendapat pendapatan yang mencukupi mereka perlu meningkatkan kemahiran atau meningkatkan produktiviti mereka,” katanya seperti dilaporkan dalam artikel “Going Places”, majalah penerbangan Malaysia Airlines.

Tambahnya, rakyat juga tidak seharusnya mengharapkan subsidi daripada kerajaan kerana tindakan itu tidak akan menghasilkan kejayaan.

“Itulah cara negara menjadi kaya. Jika anda mengharapkan kerajaan memberi subsidi kepada anda sepanjang jalan itu tidak akan menghasilkan kekayaan.

“Ini adalah kerugian kepada kerajaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply