Rakyat harus beri peluang kerajaan PH baiki kerosakan peninggalan BN

KETUA Srikandi PPBM Selangor, Datin Sharifah Salmah Syed Agil berpendapat rakyat perlu berpijak di bumi nyata dengan memberi peluang kepada kerajaan PH melakukan perubahan.

Menurut ahli perniagaan itu, langkah lebih teliti perlu diambil kira sekali gus menuntut lebih banyak masa demi manfaat semua pihak memandangkan kerosakan yang ditinggalkan BN sebelum ini terlalu membinasakan.

“Dalam tempoh tidak sampai setahun ini, mereka jangka bintang di langit. Tidak bolehlah begitu. Kita baru (jadi kerajaan).

“Walaupun pemimpinnya, Tun Dr Mahathir orang lama tetapi kerosakan yang dibuat itu terlampau teruk. Jadi, kena ambil masa,” ujarnya kepada portal Malaysia Dateline.

Beliau antara pemimpin PH peringkat negeri yang hadir mengiringi lawatan kerja Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ketua Pemuda PPBM.

Mengulas lanjut, Sharifah berkata, kejayaan sesebuah syarikat pun bukan dapat dicapai dalam tempoh singkat bahkan banyak janji pilihan raya BN ketika berkuasa sebelum ini tidak semuanya terlaksana.

“Kalau syarikat pun ambil masa dua tahun baru nampak prestasinya. Ini untuk PH apabila jadi kerajaan, mereka harapkan keajaiban. Tidak logiklah.

3 thoughts on “Rakyat harus beri peluang kerajaan PH baiki kerosakan peninggalan BN

  1. Kerosakan apa yang teruk, ketika era BN negara berada di tangga ke 23 ekonomi terbaik di dunia, pernilaian di buat oleh badan penilai antara bangsa. Ekonomi negara di tinggalkan dalam keadaan baik oleh kerajaan BN jika ekonomi negara mengalami masalah dan kemerosotan ia berpunca dari ketidak cekapan dan polisi ekonomi yang salah Dari kerajaan PH yang Bari.

  2. Bg saya zaman ph makin lagi teruk kerosakkannya.ramai org tiada pekerjaan dibuang begitu saja.kononnya nak pulihkan kembali ekonomi.janji tidak ditunaikan dan asyik menyalahkan pihak lain atas kesalahan lampau.cukup teruk pentadbiran sekarang.inikah yang dinamakan malaysia baru.renung dan fikirkan.berubah lah demi kepentingan rakyat bukannya kepentingan individu

  3. Sharifah tu nampaknya kaki ampu. Bodoh punya perempuan tak pandai menilai yang mana intan dan yang mana batu. Kita ni tak sebodoh kau lah Sharifah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *