Rahaf keluar Islam demi dapatkan perlindungan suaka

REMAJA perempuan Arab Saudi Rahaf Mohammed al-Qunan, 18 tahun yang kini sah sebagai rakyat Kanada selepas diberikan suaka telah mengaku murtad.

BBC yang memetik kenyataan Rahaf sebagai berkata, dia telah mengumumkan keluar daripada Islam.

Pengumuman mengenai pemberian suaka kepada Rahaf dibuat Menteri Luar Kanada, Chrystia Freeland sejuruh menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson.

“Saya dengan ini, ingin mengumumkan Rahaf sebagai rakyat terbaharu Kanada yang berani. Dia sangat berani dan telah menghadapi pelbagai masalah. Dia kini akan pulang ke rumah baharunya,”

“Ini memenuhi aspirasi dan perjuangan Kanada selama ini, iaitu mempertahankan hak asasi manusia dan wanita di seluruh dunia,” tambah menteri itu.

Kisah pelarian Rahaf dari Arab Saudi menarik perhatian dunia bermula dengan tindakannya cuba melarikan diri ke Australia dari Bangkok.

Pada mulanya Rahaf diarah kembali ke Kuwait bersama keluarganya, namun dia enggan berbuat demikian dan kemudian mengunci diri dalam bilik hotelnya.

Tindakannya itu mendapat perhatian netizen dan kempen #SaveRahaf terus dilancarkan lalu tular di media sosial.

Loading...

Leave a Reply