Rafizi sah tanding jawatan Timbalan Presiden PKR

0
129

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu apabila wakilnya menghantar borang pencalonan bagi Pemilihan PKR 2018.

Borang pencalonannya dihantar kira-kira 11.30 pagi ini.

Sementara itu, Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menghantar borang pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Wanita kira-kira 12 tengah hari.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Ismail Yusof sehingga tengah hari ini, dua borang pencalonan bagi jawatan naib presiden diterima iaitu daripada Anggota Parlimen Selayang, William Leong dan bekas ahli majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya Micheal Tamil.

Sebanyak 22 borang pencalonan diterima bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang menawarkan 20 jawatan. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here