Portal berita terbaik anda

Politik

Rafizi Ramli dilantik Naib Presiden PKR

KUALA LUMPUR – PKR mengumumkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik sebagai naib presiden parti itu bagi tempoh 2018-2021.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat bagi memutuskan jawatan-jawatan lantikan termasuk jawatan berkenaan.

PKR kini mempunyai tiga naib presiden yang terdiri daripada Rafizi; Chang Lih Kang dan Ali Biju (Sabah/Sarawak).

“Turut dibincangkan adalah pelantikan jawatan-jawatan MPP selepas pemilihan MPP dan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Berikut adalah senarai kepemimpinan tertinggi lantikan PKR bagi penggal 2018-2021:

Naib Presiden: Rafizi Ramli
Naib Presiden: Chang Lih Kang
Naib Presiden (Sabah/Sarawak): Ali Biju
Setiausaha Agung: Saifuddin Nasution Ismail
Bendahari Agung: Lee Chean Chung
Setiausaha Pengelola: Nik Nazmi Nik Ahmad

Loading...

Leave a Reply