Muhammad Rafiq raih pingat emas Kejohanan Boling Lelaki Dunia

0
130

KUALA LUMPUR – Pemain tenpin boling negara, Muhammad Rafiq Ismail memperoleh pingat emas dalam acara perseorangan Kejohanan Boling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong malam tadi.

Kemenangan ini menjadikan Muhammad Rafiq pemain tenpin boling negara yang pertama memenangi acara perseorangan dalam kejohanan itu sejak 1979.

Atlet berusia 19 tahun itu yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia tahun ini, menewaskan Dan MacLelland dari Kanada 217-204 pada final.

Terdahulu dalam perlawanan separuh akhir, Muhammad Rafiq berhadapan saingan getir semasa menentang pemain Amerika Syarikat, Kyle Troup sebelum memenanginya dengan 171-170.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Boling Lelaki Dunia ialah pada 1979 menerusi acara trio yang diwakili Allan Hooi, Edward Lim dan J.B. Koo. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here