Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Putrajaya dilanda ribut paling dahsyat hari sama himpunan LGBT

PUTRAJAYA: Beberapa kawasan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini dilanda ribut sehingga menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan, petang tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan kenderaan dan kemudahan awam di taman permainan kanak-kanak rosak akibat ditimpa pokok, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Ketua Balai Bomba Putrajaya, Che Shaari Abdullah, berkata kejadian ribut disertai hujan lebat kira-kira 30 minit mengakibatkan beberapa kawasan seperti Presint 9 dan Presint 11, terjejas.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.10 petang dan jentera bersama 18 anggota tiba di lokasi enam minit kemudian.


Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang. – Ihsan pembaca
“Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati tiga pokok tumbang dan menghalang laluan di jalan utama.

“Operasi dimulakan pada jam 6.17 petang dengan anggota bomba membuat kerja pembersihan pokok tumbang.

“Operasi ditamatkan pada jam 7.58 malam ini,” katanya ketika dihubungi.

Gambar dan rakaman video kejadian ribut itu turut dikongsi beberapa pengguna di laman Twitter dan Facebook.

8 Comments

  1. Azmi Daud

    Undanglah bala Allah dgn LGBT n Sister In Islam

  2. Kak sah

    Allah beri peringatan

  3. Mohd

    Semoga Allah lindungi org2 yg beriman n yg ada sikit rasa benci trhadap perkara2 mungkar itu…semoga sentiasa dlm rahmat Allah

  4. al achey

    Tu bru ckit…buat la lg himpunan haramjadah lgbt tu insyaallah petir plak yg dikirimkan…

  5. Syuk

    Apabila Allah menurun bala maka semua akn menerima kesannya termasuk ulama ussuk yg berdiam diri ketika kemaksiatan dan kemungkaran berlaku…. nauzubillah

  6. zmn

    Pasti itu adalah peringatan dari Allah SWT.

  7. Dzulkifli

    Undangla bala Allah

  8. Akmal

    Ampuni kami dan bantu la kami .. ya Allah

Leave a Reply

Theme by Anders Norén