Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Info

Puting berasa gatal? 6 sebab ini boleh jadi puncanya

TOPIK ini mungkin jarang dibincangkan secara terbuka kerana melibatkan puting payudara, namun masalah kegatalan pada bahagian itu seringkali terjadi dan menimbulkan pertanyaan.

Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa puting kita sama ada lelaki atau pun perempuan boleh rasa gatal.

Kehamilan adalah keadaan paling biasa yang menyebabkan kegatalan puting sehingga adakalanya ia mendatangkan kerengsaan dan kesakitan.

Ia disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami ibu mengandung selain payudara akan membesar. Itu tidak termasuk regangan pada ukuran puting yang menyebabkan kegatalan.

Antara sebab lain termasuklah;

1. Menyusu badan

Penyebab lain di sebalik puting gatal adalah ketika menyusu. Apabila menyusu akan berlaku ketegangan tambahan pada puting ketika bayi menghisap. Saluran susu yang membengkak pada puting juga boleh menyebabkan rasa gatal, sekaligus mengganggu saat menyusu.

2. Ulser

Faktor lain yang menyebabkan kegatalan adalah disebabkan ulser pada puting. Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh kehadiran bakteria ketika menyusu.

Tanda awal ulser pada ibu menyusu termasuklah kulit bersisik kerana gatal selain rasa ngilu ketika menyusu.

3. Elergi

Elergi adalah penyebab gatal pada puting yang biasanya jarang dikesan. Biasanya tanda elergi ini dalam bentuk ruam atau perubahan warna kulit.

Dalam keadaan tertentu, pakaian dalam baharu juga boleh menjadi penyebab puting gatal kerana bahan atau pewarna digunakan tidak sesuai dengan seseorang.

4. Menopause

Kulit wantia yang memasuki fasa menopause menjadi lebih kering. Seiring dengan perubahan hormon, kulit turut menghasilkan minyak yang menyebabkan puting gatal.

5. Kimoterapi

Rawatan kimoterapi juga dapat menyebabkan puting gatal selain kering. Selain itu, ubat yang digunakan ketika kimoterapi juga dapat menyebabkan gatal melampau pada kulit.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén