Portal berita terbaik anda

Hiburan

Buat persembahan siap ‘ugut’ juri, kumpulan Puteh juara Maharaja Lawak Mega 2019

Kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Ini merupakan kali pertama kumpulan ini melakar kemenangan dalam program terbitan Astro ini.

Puteh menumpaskan kumpulan Zero yang terpaksa akur di tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000.

Ditempat ketiga, Bocey yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.

Dua lagi finalis J-Born dan Rare di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM50, 000 dan RM15,000.

Siap ‘ugut’ juri

Loading...

Leave a Reply