Portal berita terbaik anda

Utama

Pusat pemindahan banjir dibuka di Setiu

SERAMAI 40 mangsa banjir di Langkap, Setiu, berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi, selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga sedalam 0.9 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 11 Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah, berkata semua mangsa dari 12 keluarga itu berpindah ke PPS di Masjid Merbau Menyusut.

Beliau berkata, semua mangsa mula berpindah sendiri malam tadi selepas sembilan kediaman di kampung berkenaan dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang semalam.

“Berikutan itu PPS Masji Merbau Menyusut dibuka jam 9 malam tadi.

“Daripada laporan yang diterima, Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu melepasi paras amaran iaitu 20.93 meter dan ia menunjukkan trend menaik berikutan cuaca hujan,” katanya ketika dihubungi.

Loading...

Leave a Reply