Semua mata wang negara jatuh, bukan ringgit sahaja – Tun M

0
462

PETALING JAYA – Penyusutan nilai mata wang bukan hanya melibatkan negara ini bahkan semua negara berdepan situasi defisit yang sama.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Argentina antara negara yang turut mengalami situasi tersebut apabila mata wang negara itu menyusut sehingga 50 peratus.

Menurutnya, penyusutan berkenaan berlaku juga disebabkan oleh peperangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

“Semua mata wang defisit, Argentina 50 peratus. Penyusutan nilai mata wang ini berlaku kerana perang perdagangan antara Amerika dan China, selain prestasi ekonomi negara masing-masing,” katanya dalam sidang media di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini ketika para pelabur mengharapkan pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih positif bagi Ogos.

Pada pukul 9 pagi hari ini, ringgit mengukuh kepada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1460 sewaktu ditutup semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here