Portal berita terbaik anda

Viral

Penggemar ikan kering berisiko hidap kanser hidung

Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang telah disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal.

Berikutan itu, timbul pelbagai persoalan dalam fikiran orang ramai mengenai punca sebenar pemain berusia 36 tahun itu menghidap penyakit serius, sedangkan beliau diketahui seorang yang tidak merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Justeru, doktor bahagian telinga, hidung dan tekak iaitu Dr Mohd Shaiful Nizam, tampil memberitahu orang ramai apa itu kanser pangkal hidung atau dalam istilah sains, Nasopharyngeal Carcinoma (NPC).

Rokok dan makanan diawet…

Menurutnya, kanser ini terjadi di bahagian pangal tengkorak yang disebabkan oleh jangkitan virus Epstein Barr. Malah, gaya hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti ikan kering dan sayur-sayuran juga adalah salah satu faktor boleh menghidapi penyakit serius ini.

Beliau menambah lagi, penyakit ini sering dihidapi dalam kalangan kaum Cina dan mengikut Data Kanser Malaysia, penyakit ini menduduki tangga ke-5 selepas kanser payu dara, usus, paru-paru dan lymphoma.

Bengkak di leher dan hidung berdarah…

Selain itu, penyakit ini boleh dilihat dari segi fizikal juga di mana pesakit mengalami bengkak di bahagian leher lebih pada 3 minggu tetapi individu tersebut tidak merasa sakit. Malah, pendarahan di bahagian hidung serta kurang pendengaran.

Cara merawat dia adalah…

Tambahnya lagi, cara rawatan untuk penyakit kanser pangkal hidung ini tidak lain, tidak bukan adalah radioterapi dan kemoterapi sahaja. Perbedahan hanya dilakukan jika ada kes-kes tertentu.

Soalan dari netizen…

Berikutan itu, beberapa soalan telah diajukan oleh Doktor Shaiful. Antaranya mengapakah kanser hidung sering dihidapi dalam kalangan kaum Cina? Serta, adakah kanser hidung dan resdung sama saja?

Sumber : Dr Shaiful Nizam

Loading...

Leave a Reply