Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

‘Mangsa keluarkan kayu besbol, saya hanya mempertahankan diri’ – Suspek

SHAH ALAM – Mangsa yang maut akibat perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239, Lebuhraya Utara Selatan dekat Kajang, semalam, didapati memukul kereta suspek menggunakan kayu besbol sebelum dilanggar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata mangsa berusia 29 tahun bertindak demikian selepas tidak berpuas hati dengan suspek berusia 40 tahun itu.

Katanya, sebelum mengeluarkan kayu besbol dari keretanya, mangsa serta suspek yang sudah bergaduh berpunca daripada kemalangan kecil, ditenteramkan orang ramai sebelum kedua-duanya masuk ke kereta masing-masing.

“Namun, si mati yang masih tidak berpuas hati mengeluarkan kayu besbol dari keretanya dan memukul bahagian hadapan kereta suspek.

“Suspek yang ada dalam kereta ketika itu terus memandu dalam keadaan tergesa-gesa hingga terlanggar suspek.

“Akibat daripada itu, mangsa tersepit antara kereta suspek dan penghadang jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Fadzil berkata, suspek dan isteri berusia 36 tahun direman tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada jam 1.40 tengah hari itu, kemalangan kecil terbabit menyebabkan berlaku perselisihan faham antara mangsa dan lelaki berusia 40 tahun sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian dari sebuah hospital di Nilai pada jam 3.40 petang dengan memaklumkan seorang lelaki meninggal dunia.

6 Comments

  1. Levy jose

    Klu pada sy,memandangkan sudah dileraikan tapi masih mengeluarkan kayu besbol maka ngam la tu kena langgar.. kena org yg gila dia ada sedikit lebih, atau dengan sy sendiri,sy akan langar 2 3 kali. Memandangkan cara org tu mengeluarkan kayu besbol selepas d leraikan org ramai menandakan dia adalah samseng jalanan..

    • Kamaruzaman

      Mmg banyak samseng jln raya skr ni…ada tu dgn sengaja potong dr kiri msk kedpn laluan kita..dan sengaja break bagi kita hot.hot..jln kucing kl

    • Una

      Levy Jose. If kita guna akal & bertindak isu 2 org diatas x akan timbul. Isu kecil sahaja kan? So simple… Duit x ada, kan insurans ada! Both SALAH kerana ikutkan amarah & rasa tidak puas hati yg tidak dpt dikawal. Apa yang lebih menyedihkan si mati pergi dgn sia2 and si suspek pula hidup dgn sia2. Just imagine! Siapa yang menang? Kalau benda ni jadi kat u, u nak langgar dia 2-3x right?? U guna akal ke tu? Such a waste…

      • Ismadee Ibrahim

        Saya rasa ada ruang yang tak diceritakan sebelum mangsa mengeluarkan kayu baseball. Tentu ada sebab membuatkan mangsa mengeluarkan kayu tersebut.
        Dan kalau dikatakan suspek tergesa2 terlanggar juga rasa sy tak begitu tepat. Sbb kalau suspek nak beredar, dia akan tukar gear reverse dahulu dari gear parking.
        Kalau suspek nak pertahankan diri, mangsa belum pun sampai sebelah pintu suspek.

    • Myleo

      Levy .. klau nk lnggr 2/3 kli tu dah ade niat xbaik.. now 2 .. kehilangan sbb prkara Keci.. yg mninggl dn yg nyebbkn dia mninggl.. xkn tenteram jugk.. no peace of mind..when a death is involved!

  2. baharuddin

    Beruntung bagi sesiapa yg bersyukur apb perolehi nikmat dan yg bersabar apb ditimpa musibah

Leave a Reply to Cancel reply

Theme by Anders Norén