Portal berita terbaik anda

Utama

Persoal wanita bekerjaya, netizen tanya Prof Muhaya ‘salah ke perempuan nak belajar tinggi?’

NAMA pakar motivasi Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Selepas tular kenyataan mengenai wanita yang perlu bersifat ‘bodoh-bodoh sikit’ demi mencari jodoh, kali ini timbul isu lain pula.

Menerusi satu rakaman tular, Dr Muhaya seolah-olah merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga perkara itu mengundang kemarahan sebilangan netizen.

“Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah… sudahlah.

“Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry.

“Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.

“Bonda nak tanyalah sekarang ni, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni? You tell me.

“Apa manfaat, nak bajet bagus, I pandai, I PhD… apa manfaat pada orang?” ujar Dr Muhaya dalam video itu.

Video itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada rakaman asal berdurasi 45 minit yang dimuat naik di YouTube milik dr Muhaya (Prof Muhaya TV) bertarikh 6 Februari 2021 yang sehingga kini menerima lebih 45, 000 tontonan.

Selain Youtube, video itu turut dikongsi semula ke laman Facebook dan Twitter sehingga tular dan menimbulkan perdebatan netizen sejak beberapa hari lalu.

Kata netizen, kenyataan mempersoalkan taraf pendidikan wanita itu bagaikan ‘meludah ke langit, muka juga yang basah’ memandangkan beliau juga merupakan seorang profesor dan juga pakar mata.

“Tapi dia profesor. So, membazir je lah dia dapat gelaran profesor tu.

“Sumpah laaaa Prof cakap macam ni? Luluh hati sis yang tengah nak habiskan PhD ni.

“Ada PHD apa manfaat pada orang? Seriously? Kenapa macam nak downgrade perempuan pendidikan tinggi ni?” tulis netizen.

Untuk rekod, Dr Muhaya pada Khamis lalu tampil memohon maaf berhubung video wanita ‘bodoh-bodoh sikit’ selepas menerima kecaman ramai.

Selain netizen, beliau turut mendapat teguran Dr Amalina Che Bakri dan Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman.

Loading...

Leave a Reply