Portal berita terbaik anda

Utama

Produk dUCk laku keras, habis terjual dalam masa 30 minit

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan oleh segelintir netizen yang menyeru supaya orang ramai supaya memboikot barangan keluaran jenama yang terkait dengan isu sensitif termasuklah mahu memboikot barangan oleh usahawan terkenal Vivy Yusof.

Meskipun sebelum ini terpalit dengan kontroversi didakwa menghina golongan B40 dan M40 dan dituduh meniru idea tudung jenama tempatan lain, namun isu memboikot produknya hanya cakap kosong sahaja.

Ini terbukti apabila produk keluaran terbaru dari jenama dUCK telah habis dijual dalam masa 30 minit. Jenama dUCK itu baru sahaja meraikan ulang tahun keenam dan telah melancarkan 6 produk istimewa edisi terhad buat pelanggan mereka.

Difahamkan, ramai pelanggan berlumba-lumba untuk mendapatkan produk edisi terhad itu sehingga ramai mengadu laman sesawang Fashion Valet mengalami kesesakan ketika mahu membuat pembelian.

Menerusi perkongsian di Insta Story, dia berkongsikan kegembiraan pelanggannya yang berjaya mendapakan produk istimewa itu dan memohon maaf kerana tidak dapat mengisi semula stok.

Nampaknya, isu boikot daripada netizen tidak memberi apa-apa kesan terhadap sesebuah perniagaan dan kuasa membeli ternyata bukanlah terletak kepada netizen.

Loading...

Leave a Reply