Portal berita terbaik anda

Politik

PRK Tanjung Piai: Kalau BN menang pun, tak boleh buat apa – Mahathir

PUTRAJAYA – Segala janji akan ditunaikan sekiranya kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai 16 November ini.

Demikian Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohammad memberi jaminan sambil berharap pengundi akan mengambil kira kredibiliti calon PH, Karmaine Sardini, dalam menerajui Tanjung Piai sekiranya dipilih kelak.

“Saya harap pengundi akan sedar, terutamanya bahawa, kemenangan PH bermakna janji boleh ditunaikan kerana kami menjadi kerajaan di peringkat Johor dan di peringkat pusat.

“Kemenangan Barisan Nasional (BN), atau MCA umpamanya, kalau mereka menang pun, tidak dapat berbuat apa, kerana tidak dapat tukar kerajaan atau Johor,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di sini malam tadi.

Dr Mahathir berkata beliau percaya PH mempunyai peluang untuk menang pada PRK ini.

“Kita mestilah kerja kuat. Dan kita akan turun, termasuk saya, akan turun ke Tanjung Piai untuk berkempen,” tambahnya.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, daripada PPBM, pada 21 September lalu, akibat komplikasi jantung.

PH berdepan dengan pertandingan enam penjuru menentang BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon bebas.

Loading...

Leave a Reply