Portal berita terbaik anda

Sukan

Presiden Pafa minta maaf, padam gambar kontroversi

IPOH – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Munaim meminta maaf ekoran tersebar foto beliau bergambar dengan trofi Piala Malaysia di tepi kolam renang yang viral di laman sosial.

Menurutnya, beliau akan menarik semula gambar-gambar tersebut yang mendapat kritikan ramai.

“Saya minta maaf, saya janji tarik balik gambar-gambar tersebut. Trofi Piala Malaysia pun sudah dibawa ke Perak,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan gambar tersebut adalah daripada ‘Whatsapp Status’ beliau dan bukannya di laman Facebook miliknya.

Ditanya di mana gambar tersebut dirakamkan, Hasnul Zulkarnain enggan mengulas sebaliknya meminta perkara itu tidak lagi dipanjangkan. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply