Portal berita terbaik anda

Utama

Premis sate tulang popular di Senawang diarah tutup kerana kotor

SEREMBAN – Sebuah tempat penyediaan bagi sate tulang popular di Senawang di sini diarahkan tutup selama 14 hari selepas premis tersebut didapati kotor.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, arahan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dibuat susulan pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban di premis berkenaan hari ini.

“Secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, peralatan memasak kotor dan amalan pengendalian makanan tidak bersih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, pemeriksaan dibuat ekoran tular dalam media sosial berhubung premis tersebut yang didapati beroperasi dalam keadaan kotor semalam. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply