PPBM memang parti rasis – Tun M

0
461

BINTULU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan parti rasis.

Namun, katanya, ia tidak bermakna PPBM memusuhi parti lain yang tidak berasaskan kaum seperti PKR, DAP dan PAN.

“Kita tahu PPBM ini ialah parti rasis, parti terhad kepada peribumi saja termasuk Melayu,” katanya dalam majlis pelancaran PPBM Sarawak di Dewan Suarah, Bintulu.

Berkata di hadapan kira-kira 2,000 ahli PPBM Sarawak, beliau menjelaskan mengapa parti itu mengehadkan penyertaan satu kaum sahaja.

Jelas beliau, hanya Pribumi saja yang dapat membela nasib kaum tersebut.

“Sebab orang peribumi sedar mereka masih rasa tidak senang dengan taraf hidup, kemajuan.

“Oleh itu, mereka masih berpendapat hanya parti Pribumi saja yang boleh berjuang melindungi hak mereka,” kata Dr Mahathir.

PPBM melancarkan partinya secara rasmi di Sarawak malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here