Portal berita terbaik anda

Dunia

Polis wanita cedera digigit ketika beri penerangan peraturan perintah berkurung

SEORANG lelaki didakwa selepas mencederakan dua anggota polis ketika mereka cuba menjelaskan mengenai peraturan perintah berkurung semasa Covid-19.

Christopher Hill, 29, didakwa melakukan perbuatan itu di sebatang jalan di Rochdale, Greater Manchester pada Khamis lalu.

Dua anggota polis itu cuba menjelaskan kepada Hill bahawa dia sepatutnya patuh arahan kerajaan mengenai Covid-19 dengan tidak berkunjung ke rumah orang lain.

Namun Hill dilaporkan menumbuk salah seorang anggota polis itu dan menggigit seorang lagi polis wanita di lengan sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Bercakap mengenai insiden itu Superintendan Richard Hunt yang berpangkalan di Greater Manchester berkata:”Tindakan itu amat menjijikkan. Semoga anak buah saya segera pulih.”

“Ini waktu mencabar untuk sesiapa saja dan keadaan menjadi lebih teruk apabila berlaku insiden seperti ini,” katanya.

Hill, 29, didakwa atas pertuduhan melakukan serangan ke atas kakitangan kecemasan dan jenayah kerosakan. – Dailystar.co.uk

Loading...

Leave a Reply