Portal berita terbaik anda

Utama

Polis siasat wanita pijak anak kucing

VIDEO dan gambar yang tular di Facebook (FB) sejak semalam memaparkan seekor anak kucing dipijak tiga wanita mengundang kemarahan netizen.

Susulan daripada tularnya video dan gambar itu, satu laporan polis diterima daripada lelaki yang tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan itu dan masih menjalankan siasatan.

“Berdasarkan semakan mendapati laporan polis pertama dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bersabit Mambau.

“Bagaimanapun, tempat kejadian dan suspek belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, rakaman video berdurasi tiga minit itu tular di media sosial yang memaparkan tiga wanita bergilir memijak anak kucing sehingga mati.

Ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di Sabah, namun ada segelintirnya mendakwa ia kejadian kira-kira lima tahun lalu dan berlaku di luar negara.

Loading...

Leave a Reply