Portal berita terbaik anda

Utama

Polis siasat pegawai rotan remaja ingkar PKP

POLIS akan menyiasat tindakan pegawainya yang merotan lima remaja lelaki yang didapati mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika menjalankan operasi Covid-19 di Kunak, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu dan walaupun setakat ini tiada laporan namun siasatan dalaman akan dijalankan.

“Apa yang saya dimaklumkan, pegawai itu sudah memberi arahan supaya remaja yang melepak di kawasan itu beredar sebelum pegawai itu meneruskan rondaan.

“Namun apabila kembali semula, kumpulan remaja itu masih ada dan sekali lagi pegawai mengarahkan mereka beredar tetapi mereka tidak mengendahkan malah ketawa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mazli diminta mengulas satu rakaman video tular sejak pagi tadi, yang memaparkan seorang pegawai polis merotan lima remaja menggunakan sebatang ranting di Kunak.

Dalam video bedurasi 26 saat itu, pegawai polis itu geram selepas mereka tidak mengendahkan arahan untuk beredar malah ketawa apabila diarah untuk pulang.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan, tapi polis akan buat siasatan dalaman ke atas pegawai terbabit.

“Manakala semua remaja lelaki itu dibenarkan untuk pulang ke rumah mereka masing-masing,” katanya.

Loading...

Leave a Reply