Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Polis minta henti spekulasi kes Syed Danial untuk elak isu perkauman

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu berhubung insiden kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Bandar Baru Bangi yang mengakibatkan Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pelbagai spekulasi telah dibuat di rangkaian komunikasi dan platform media sosial malah turut dikesan usaha sesetengah pihak memanipulasi insiden tersebut bagi membangkitkan sentimen perkauman yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat dan ketenteraman awam di negara ini.

“PDRM telah mengeluarkan beberapa kenyataan rasmi mengenai punca kejadian tersebut.

“Tangkapan telah dibuat ke atas suspek dan polis turut menyeru saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, PDRM menasihatkan masyarakat agar tidak menyalahgunakan rangkaian komunikasi yang boleh memecahbelahkan serta mengganggu gugat perpaduan antara kaum, lantas menjurus kepada polemik perkauman dan keagamaan.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang kelmarin, Syed Muhammad Danial maut setelah berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén