Portal berita terbaik anda

Utama

Polis Kelantan saman peniaga, pembeli di lampu isyarat bermula minggu ini

KOTA BHARU – Polis Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan saman terhadap penjual jalanan dan pembeli di lampu isyarat di seluruh negeri ini bermula minggu ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata, penjual dan pembeli yang dikenakan saman boleh dihadapkan ke mahkamah dan didenda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan.

Beliau berkata, pihak polis memandang serius terhadap tindakan penjual dan pembeli di lampu isyarat kerana ia menyalahi undang-undang lalulintas.

“Sebelum ini, polis telah memberi nasihat kepada semua peniaga supaya tidak meneruskan perniagaan bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Mulai minggu ini, kita akan memastikan tiada lagi penjual menjalankan aktiviti menjaja di sepanjang kawasan lampu isyarat di seluruh negeri Kelantan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Abdullah berkata, bagaimanapun, beliau juga akan berbincang dengan pihak polisbtrafik sebelum mengambil tindakan terhadap penjual jalanan di lampu isyarat.

Katanya, tindakan boleh diambil terhadap pembeli dan peniaga di lampu isyarat mengikut Akta Lalulintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan dibawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Berdasarkan pemerhatian, peniaga menjalankan aktiviti menjaja di lampu isyarat terdiri daripada golongan belia yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, pengguna jalan raya berdepan saman berjumlah RM2,000 jika didapati bersalah membeli produk yang dijual peniaga di kawasan lampu isyarat kerana tindakan itu merupakan satu kesalahan. -K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply