Portal berita terbaik anda

Jenayah

Polis gagalkan insiden kanak-kanak dijadikan tebusan di Tuaran

TUARAN: Polis Sabah pada Ahad berjaya menggagalkan tindakan seorang suspek lelaki yang menculik dan mencederakan seorang kanak-kanak perempuan di sini.

Dalam kejadian di tingkat empat Pangsapuri Telipok Ria petang tadi, mangsa dilapor dikurung suspek berusia 30-an itu di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan.

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi itu berakhir pada jam 5.32 petang tadi dan kanak-kanak terlibat sudah dibawa ke hospital terdekat untuk tindakan lanjut.

Wartawan kami kini di lokasi untuk melaporkan situasi dari semasa ke semasa.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Loading...

Leave a Reply