Portal berita terbaik anda

Utama

PNB umum dividen ASB 7.00 sen seunit, ASN 3.25 sen seunit

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, pembayaran berkenaan merangkumi jumlah pembayaran pengagihan sebanyak 7.00 sen seunit.

“Melalui pembayaran ini,akan memberi manfaat kepada 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB,” katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB di Menara PNB.

Dalam pada itu, ASNB turut mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Agihan pendapatan itu mewakili hasil dividen sebanyak 5.1 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana berkenaan setakat 20 Disember 2018.

Jumlah anggaran pengagihan pendapatan sebanyak RM59.7 juta akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pemegang unit dengan lebih 1.8 billion unit dalam dana.

Ini menunjukkan ASN berjaya merekodkan pendapatan bersih sebanyak RM64 juta bagi 11 bulan pertama tahun kewangannya.

Loading...

Leave a Reply