Portal berita terbaik anda

Politik

PN gagal urus ekonomi dengan baik, kata pemimpin PKR

PAKATAN Harapan merupakan pilihan terbaik untuk menggantikan Perikatan Nasional yang didakwa telah gagal menguruskan ekonomi dengan baik.

Menurut Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat Nik Nazmi Nik Ahmad, PH juga merupakan pilihan terutama ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Ramai rakyat yang telah kehilangan kerja dan terpaksa menutup perniagaan yang menyebabkan mereka kehilangan sumber pendapatan.

“Malangnya, Perikatan Nasional hanya fokus memberikan jawatan-jawatan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan kepada Ahli Parlimen mereka, dan merosakkan institusi negara,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.

Menurutnya, untuk memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan ahli Parlimen PKR, pejabat presiden dan whip PKR telah melantik jurucakap Parlimen.

Jurucakap tersebut membayangi menteri Perikatan Nasional mengikut portfolio yang ada.

Nik Nazmi berkata, barisan Jurucakap Parlimen yang telah dipilih menonjolkan kekuatan PKR sebagai parti politik berbilang kaum yang inklusif dan berjaya dalam sejarah Malaysia.

“Barisan ini menawarkan tokoh muda, wanita, mereka yang berpengalaman di peringkat Kerajaan Persekutuan dan negeri, pernah bekerja di pihak korporat, berkhidmat di kesatuan sekerja dan juga aktivis-aktivis masyarakat.

“Dengan kewujudan Jurucakap Parlimen PKR ini, setiap keputusan Kabinet Perikatan Nasional akan disemak imbang dengan lebih efektif, dan ia akan memastikan kecekapan dan keberkesanan ahli Parlimen PKR akan dipertingkatkan,” kata Nik Nazmi.

PKR semalam mengumumkan pelantikan jurucakap Parlimen yang mempunyai portofolio “bayangan” kepada menteri-menteri Perikatan Nasional.

Tiga puluh enam daripada 38 ahli parlimen PKR mempunyai kedudukan dalam pasukan berkenaan, dengan 19 ahli parlimen sebagai jurucakap, dan 17 lagi MP menjadi timbalan.

Pengecualian ialah Presiden PKR Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pembangkang dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi majlis penasihat parti.

Menurut Nik Nazmi, PKR telahpun memaklumkan kepada rakan-rakan Pakatan Harapan mengenai penubuhan jurucakap Parlimen PKR.-SM

Loading...

2 Comments

  1. salidah abu

    Bodohhh lupe agama…
    PN..pengurusan terbaik

  2. Khairul

    Mahluk nie bodoh or banggang masa kau memerintah bagus sgt kah…cukup lah melayu pengkhianat..jgn jadi papet cino …

Leave a Reply to Cancel reply