PM setuju, kamu sibuk sebab apa? – Anwar

0
442

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mempertikaikan keputusannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Ketua Umum PKR itu menegaskan, keputusan untuk bertanding dalam PRK dicapai hasil perbincangannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta kepemimpinan dalam Pakatan Harapan (PH), selain dalam PKR sendiri.

“Saya (sudah maklum) dan PM (Perdana Menteri) setuju, sekarang ini (kami) kawan baik. Sebab kami saling maaf kerana untuk majukan negara, kita fikir soal rakyat. Nak marah lama-lama sebab apa? Aku dengan Mahathir dah baik.

“Baik sebab apa, rakyat! Sebab nak selamatkan negara, nak selamatkan (negara) daripada perompak,” katanya ketika berucap pada Majlis Agenda Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di Ayer Keroh, malam tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata keputusannya untuk kembali ke Parlimen dipersetujui Mahathir, sebelum pengumuman dibuat oleh kepemimpinan parti.

Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding dalam PRK itu juga adalah untuk memperkukuhkan serta melakukan transformasi dalam Parlimen yang turut dipersetujui Mahathir.

“Dia kata OK. Yang kamu (pengkritik) sibuk sebab apa? Tak jadi masalah. Nak bangkitkan apa lagi?,” katanya.

Akhbar melaporkan Anwar mengesahkan bertanding di Parlimen Port Dickson dalam usaha PH mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang akan mengosongkan kerusi berkenaan bagi memberi laluan kepada Anwar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here