Portal berita terbaik anda

Politik

PKR takut, peluang PAN letak calon di DUN Chini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan mereka takut untuk bertanding dalam PRK Chini kerana bimbang akan kalah teruk seperti yang berlaku pada PRU14 yang lalu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, ia dilihat berlawanan dengan kenyataan Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh yang mengatakan sokongan rakyat pada parti itu bertambah baik.

“Ya, kita sudah selesai (membuat tinjauan lapangan) dan hasilnya sangat positif,” kata Fuziah.

Adakah rakyat semakin menyokong PKR atau Fuziah sebenarnya berbohong dan mahu menyedapkan hati sendiri?

Keadaan ini memberi peluang kepada PAN untuk meletakkan calon mereka lebih-lebih lagi Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad begitu beria-ria mahu menentang Barisan Nasional.

“DUN Chini memang kerusi di mana kita alami kekalahan agak dahsyat dalam PRU lepas tapi secara prinsipnya, kita perlu bertanding untuk tidak beri laluan mudah, kalau tidak bertanding ia akan dianggap kita tak berani bertanding,” katanya.

PRK DUN Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Abu Bakar yang mewakili BN memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405 undi) dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain (1,065 undi).

DUN Chini berada di bawah kawasan Parlimen Pekan yang diwakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SPR baru-baru ini mengumumkan PRK Chini akan berlangsung pada 4 Julai dan hari penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun, manakala hari mengundi awal pada 30 Jun.

Loading...

Leave a Reply