Portal berita terbaik anda

Sukan

Piya nafi spekulasi ke Terengganu

KOTA BHARU – Bekas jeneral padang The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi atau Piya menafikan dia akan berhijrah ke Terengganu FC 1 (TFC 1) musim depan.

Anak kelahiran Kampung Atas Paloh, Kota Bharu itu sebaliknya menegaskan berita penghijrahannya ke TFC 1 musim depan hanyalah khabar angin sahaja.

Piya berkata, buat masa ini dia tidak menerima sebarang tawaran atau melakukan rundingan dengan pasukan berkenaan sebagaimana tular di laman-laman sosial facebook ketika ini.

“Jujurnya, saya masih menunggu tawaran daripada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya musim depan.

“Tak kisahlah pasukan Liga Super atau Perdana, yang penting saya dapat bermain untuk musim depan,” katanya ketika sidang akhbar aksi persahabatan pilihan Piya menentang Lagenda Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok.

Piya yang merupakan bekas kapten TRW antara tunjang utama Kelantan meraih kejuaraan trebel musim 2012 sekaligus melakar sejarah baharu dalam sukan bola sepak di negeri ini. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply