Piala Malaysia 2018: Norhakim azam bawa Perak ke final

0
120

PEMAIN terbaik separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia, Mohd Norhakim Hassan berazam untuk melakukan yang terbaik demi menjamin kemaraan Perak ke pentas final Unifi Piala Malaysia musim ini.

Bekas pemain Terengganu itu berkata, dirinya begitu teruja untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad The Bos Gaurus itu pada aksi final berkenaan.

“Syukur atas semangat berpasukan. Terima kasih kepada rakan sepasukan. Kita buat ikhlas untuk pasukan.

“InsyaaALLAH, saya pun akan sentiasa lakukan yang terbaik untuk bantu pasukan layak ke final,” katanya.

Mohd Norhakim berkata demikian pada sidang media sejurus tamat perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Perak, semalam.

Untuk rekod, Perak bakal berkunjung ke Likas bagi mengharungi saingan separuh akhir kedua yang bakal berlangsung pada 21 Oktober.

Sementara itu, Mohd Norhakim mengakui skuad Kejor Yob Kejor itu kurang menyerlah pada saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, setelah berjaya layak ke suku akhir semua pemain dilihat begitu bersemangat untuk beraksi di separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir.

“Bila dah layak ke suku akhir, kita mahu ke separuh akhir dan alang-alang ke separuh akhir, terus ke final,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here